Tular di Threads, seorang lelaki bernama Zafree berkongsi pengalamannya memutuskan hubungan selepas teman wanitanya meminta wang hantaran sebanyak RM50,000. Namun, dia menegaskan bahawa keputusan itu bukan semata-mata kerana jumlah wang tersebut. Zafree merasakan bahawa wanita itu lebih berminat untuk menjalin hubungan berbanding mengenali dirinya secara mendalam dan ini membuatkan dia rasa tidak dihargai, lalu memilih untuk berundur demi kebaikan bersama. Kredit: zafreezaharidan #ohmedia #as
Naim Daniel bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 serta syarat tambahan seperti penyerahan pasport, larangan mengganggu mangsa dan saksi. #ohmedia #as
Senarai 15 pelajar UPSI yang terkorban dalam kemalangan di Tasik Banding, Gerik pagi tadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi menghadap Ilahi. 1. Fakhrul Arif bin Rosdi 2. Mohammad Aqil Taqiuddin bin Mohd Sofian 3. Muhammad Adib Hazim bin Halim 4. Nik Amni Nadiah binti Nik Nor Zabir 5. Nur Ainul Qistina binti Mat Ali 6. Nur Dalila Farhana binti Mohamad Isma 7. Nurly Sahirah binti Azman 8. Nurul Fatihah binti Abu Setaman 9. Nurul Izyanti binti Muhamad Azahar 10. Sufea Adela binti Maslihaizan 11. Fatin Nasrien 12. Muhammad Mustaqim bin Rosde 13. Wan Nur Suhaila 14. Anis Soffiyya binti Md Zaidi 15. Nor Ayuni binti Maslan Al-Fatihah 🤲 #ohmedia #as
Munafri meluahkan kebimbangan terhadap realiti yang dihadapi segelintir keluarga miskin yang masih memilih untuk mempunyai ramai anak walaupun pendapatan hanya cukup makan. #ohmedia #mf
Walaupun kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, bekas penceramah selebriti, PU Azman, tetap meneruskan dakwahnya dengan mengajar agama kepada banduan lain. #ohmedia #as
Isu antara seorang gadis dan anggota polis yang didakwa ajak check-in hotel kini sudah pun selesai dengan baik. Difahamkan, kedua-dua pihak telah dipertemukan secara bersemuka dan anggota polis itu turut tampil memohon maaf kepada ibu dan nenek gadis tersebut. #ohmedia #as
Pelakon, Saidah Kamarudin mengaku punca putus tunang kerana bekas tunangnya, Muntazar Ghufran tidak ada duit, hanya ada RM500 dalam bank. Rakan-rakan Muntazar tampil ‘back up’ dan menyifatkan wanita itu tidak sedar diri. #ohmedia #as
Influencer terkenal TikTok, Mat Production dan Royy Sparks ingin membuktikan kepada Netizen bahawa mereka berdua juga boleh bertarung seperti fighter Muay Thai Professional di Clash Of Champions esok! #ohmedia #muaythai #influencer #ej
Sebuah video tular di X menunjukkan seorang gadis ditahan polis ketika menunggang motosikal pada waktu malam, di mana anggota terbabit didakwa mengajaknya ‘lepak’ di rumah atau ‘check in’ hotel. Gadis itu merakam kejadian secara senyap untuk dijadikan bukti, namun laporan yang dibuat tidak diambil serius oleh pihak berkuasa. #ohmedia #as
Filem Keluang Man mencatatkan kutipan yang agak rendah selepas 18 hari ditayangkan di pawagam. Walaupun menelan kos produksi lebih RM12 juta, filem ini hanya berjaya mengutip sekitar RM2.3 juta dalam tempoh berkenaan. Perkara ini turut mengecewakan para penggiat seni yang berpendapat bahawa filem ini sebenarnya mempunyai potensi untuk meraih kejayaan lebih besar, memandangkan kualiti produksinya yang baik serta jalan cerita yang unik. #ohmedia #as
Adik kepada Elfira Loy, Ezzrin Loy mencuri perhatian apabila videonya bertemu dan berbual bersama bintang Hollywood, Tom Cruise dalam Bahasa Inggeris mendapat pujian ramai. #ohmedia #mf
Pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle berkata sempat memberi amaran kepada pelajar supaya bersiap sedia menghadapi apa yang bakal berlaku dan juga menafikan dakwaan dia memandu laju kerana memang sudah biasa dengan laluan Jeli-Gerik. #ohmedia #as
Tular satu akaun Threads mendakwa Ben Amir kini tinggal bersama seorang wanita Filipina di Pulau Siargao, Filipina. Lebih mengejutkan, individu tersebut mendakwa mereka berdua bersekedudukan seperti pasangan suami isteri walaupun tidak berkahwin #ohmedia #as
Seorang bekas pelakon dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal hadir bagi prosiding pertuduhan melibatkan penyebaran sijil nikah palsu dengan seorang putera raja. #ohmedia #as