Usahawan sensasi, Liana Rosli menggesa orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri susulan keputusannya anaknya, Nabila Razlan yang memilih untuk berhenti meskipun baru sahaja diterima bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka antarabangsa. Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, dia sanggup membayar penalti dalam jumlah yang agak besar kerana tidak sanggup melihat anaknya itu dilayan dengan cara yang kasar. #MHnews #MediaHiburan
Hampir tujuh tahun berlalu, budak ‘Serbuk Arang Gigi…’ Ammar Ahyan sudah genap 17 tahun. Cepat betul masa berlalu. Bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri beritahu anaknya tahu sedutan klip itu viral hanya selepas dua tahun! #MHnews #MediaHiburan #FYP
Aina Abdul kagum dengan semangat Keka. Walau apapun yang terjadi, the show must go on! Salute Keka. #MHnews #MediaHiburan #RaiseTheStarMY #RaiseTheStarMalaysia
Pelakon, Mustaqim Bahadon akui dirinya kini bahagia apabila dapat membesarkan seekor kucing yang sebelum ini pernah dibakar dan menjadi mangsa kekejaman manusia. Menurut Mustaqim, selepas hampir dua tahun, kucing yang diberi nama Socks itu sudah sembuh sepenuhnya meskipun mengalami beberapa kecacatan kekal. #MHnews #MediaHiburan
Tak sabar nak tengok gelagat artis dan manager ni. Mesti kecoh dan meriah pentas Talk To My Manager nanti. Bila Oddah & Kak Rara bergabung…boom 🔥! #MHnews #MediaHiburan
Pelakon, Sophia Albarakbah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja selesai membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung isu buli siber dan gangguan seksual yang diterimanya, baru-baru ini. Menurut Sophia, dia menyerahkan persoalan kepada peguam untuk menjawab bagi pihak dirinya. #MHnews #MediaHiburan #sophiaalbarakbah
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berpendapat, sejauh mana pun anak sulungnya, Nayla Mikayla atau mesra dipanggil Mika, melangkah dalam dunia seni 🎤✨, pelajaran tetap perlu jadi keutamaan dalam hidupnya 📚👩🏻🎓. Kini, Mika tampil dalam program realiti The Chosen One musim ketiga sebagai support sister 💖, bertindak sebagai penyokong emosi dan sahabat kepada para peserta yang bertanding. Walaupun begitu, Nabil melihat pendedahan awal Mika dalam dunia hiburan ini lebih kepada satu peluang untuknya mengasah keyakinan diri 🌟 dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman berharga 📝… bukan semata-mata untuk bergelar selebriti 💪🏼 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Pasangan sensasi, Bella Astillah dan Syed Saddiq diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Couple Goals Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025, malam tadi. 👩❤️👨🏆✨ Meluahkan rasa syukur atas rezeki penghargaan tersebut, Bella mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan doa buat mereka berdua. Ia jelas menunjukkan keakraban dan keserasian pasangan ini terus mencuri hati ramai. 💖🙏 Namun begitu, Bella memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan momen janggal di atas pentas ketika menyerahkan trofi kepada Sophia Albarakbah. Dalam masa sama, Syed Saddiq turut meminta agar ruang diberikan kepada Bella... 🤐📵 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Onz! 🥰🔥Sedutan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu ‘Es Lilin’ dengan gaya tersendiri di Konsert The Next Wave di Singapura malam tadi. Merah menyala dalam persalinan pereka Ezuwan Ismail (IGs; putrarudy90) 🙏🏼♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP
Pengacara dan anggota 4U2C, Datuk AC Mizal akui agak kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan artis, Ajai berkaitan isu hak cipta lagu-lagu yang akan dibawakan oleh kumpulan hip hop tersebut di penganjuran WE 4U2C Live in Concert, September depan. Menurut AC, kenyataan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada kreadibiliti mereka dan perjalanan konsert tersebut. #MHnews #MediaHiburan #4U2C
Cantiknya Scha Elinnea & Zizi Hazirah. Kedua-dua pelakon jelita ini dilihat hadir bersama di acara Malaysian Bridal Fashion Week yang kini sedang berlangsung di Astana Hall, Bamboo Hills. #MHnews #MediaHiburan #schaelinnea #zizihazirah
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM setakat ini tidak mahu meletakkan harapan besar kepada anak-anak untuk meneruskan legasi bisnes yang diusahakan bersama keluarga. Menurutnya sebagai seorang ibu, dia lebih selesa terbuka dengan membiarkan anak-anak memilih laluan hidup mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Namun begitu, Kak KM tetap percaya setiap ibu bapa pasti punya perancangan dan pendekatan masing-masing. Dia sendiri menghormati cara didikan para penjaga lain dan yakin apa pun pendekatan yang diambil, semuanya berlandaskan satu tujuan yang sama iaitu untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. #MHnews #MediaHiburan #FYP
Wow 🔥 Syasya Rizal sampai ke China pun masih ‘pum pang’ live depan orang ramai, memang mendonia! 👏🏼 Selamber je ibu beranak satu ini hiburkan pengunjung secara spontan kat lokasi awam di sana 💪🏼 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Persembahan istimewa Ella di majlis pelancaran Galeri Rockqueen bertempat di Denai Alam, Shah Alam. Suara ratu rock tetap maintain. Showmanship memang onz. Terpaku para penonton bila tengok Ella perform🥰. #MHnews #MediaHiburan #Ella
Pelakon Scha Elinnea menyifatkan isu bau badan di set penggambaran sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila melakukan babak di lokasi luar yang terdedah. Katanya, dia sendiri pernah berhadapan situasi sebegitu, namun memilih untuk bersikap profesional dan tidak menegur secara terbuka. #MHnews #MediaHiburan #schaelinnea
Walau hadir sebagai penyampai di Anugerah Melodi Terhangat 2025, Dolla tetap ‘on point’! ✨🔥👏🏼 Antara sabronzo, Tabby, & Angel… mana satu fav korang? 🎶💃🏻🪩 #MHnews #MediaHiburan #FYP
Pengacara dan anggota 4U2C, Datuk AC Mizal menyerahkan segala urusan hak cipta lagu mereka kepada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) untuk menyelesaikan segala perkara berbangkit bersama komposer, Man Senoi. Menurut AC, 4U2C tidak mahu berjumpa dengan Man Senoi kerana dia yang menjadi punca kumpulan tersebut berpecah satu ketika dahulu. #MHnews #MediaHiburan
#MHnews “Mula-mula ayu je, very poise. Sekali…,” - Nabila Huda berlakon buat babak jadi pramugari di awan biru ✈️, ramai terhibur 😂 Video berdurasi kurang dua minit itu dikongsikan Nabila atau Abil menerusi hantaran terkininya di IG. Ramai yang meninggalkan komen, termasuk rakan artis yang sama-sama geli hati 😆 dengan parodi bersahaja yang dikongsi! #MHnews #MediaHiburan #FYP